Ahad, 25 September 2011

Lawatan Penanda Aras Fasilinus PPD Barat Daya ke PPD Petaling Perdana & SK Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

22 September 2011 (Khamis)- Seramai 6 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang terdiri daripada En Noor Azizi b. Abdullah Sani (Pen. PPD Pengurusan Akademik) selaku ketua rombongan, Pn. Fauziah binti Saad (Pen. PPD Pemulihan), En. Hazri Ooi bin Abdullah (FasiLINUS), En. Amir Hamzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS), En. Roslan bin Mohamed (FasiLINUS) dan Cik Laila Zahira bt Abdul Kamar (Pegawai Tadbir). Pn. Norhashimah bt Hashim tidak dapat sertai kerana masalah kesihatan.Kehadiran pegawai telah disambut oleh FasiLINUS PPD Petaling Perdana iaitu En. Noorshahidan bin Mohamad Nawawi, Nor Hayati bt Mohd Shaharim, Fazlizawati bt abdul Ghani, Naslawati bt Mohd Nasir dan Arfah bt A. Mohamad yang diketuai oleh Timbalan PPD En. Shamsul Azha bin Mad Yusof, Mohd salleh bin Salehin (Ketua Pen PPD (Pengurusan Akademik), Pn. Zurina bt Ahmad Omar (Pen. PPD BM (Ren) dan Pn. Jamilah bt Md Zain (Pen.PPD Matematik & Sains (Ren).

Kira-kira jam 8.30 pagi, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan PPD Petaling Perdana En. Shamsul Azha bin Mad Yusof. Beliau mengalu-alukan kedatangan pegawai dari PPd Barat Daya. Dalam taklimat tersebut, beliau juga menceritakan serba sedikit perihal PPD Petaling Perdana. Setelah itu, taklimat ringkas tentang Linus telah disampaikan oleh Pn. Zurina bt Ahmad Omar Pen. PPD. Bahasa (Rendah)
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan balas dari En. Noor Azizi bin Abdullah Sani (Pen. PPD (Pengurusan Akademik) beliau menyatakan rasa terima kasih kepada semua pegawai PPD Petaling Perdana atas penerimaan kehadiran Pegawai dari PPD Barat Daya.

Aktiviti seterusnya ialah lawatan ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam. Ketibaan kami disambut oleh warga SK Bandar Anggerik diketuai oleh pentadbir2 sekolah. Kami dibawa melawat ke kelas linus, ke Pusat Sumber sekolah yang secara kebetulan mengadakan program Linus pada hari tersebut.
Sesungguhnya, kami warga PPD Barat Daya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PPD Petaling Perdana dan warga SK Bandar Anggerik kerana sudi menerima kehadiran kami. Tiada kata, tiada ucapan, tiada puisi yang dapat kami gambarkan kegembiraan dan rasa terima kasih dari kami di atas layanan kepada kami.....semoga pertalian yang dijalinkan bisa utuh di masa mendatang...silalah kunjung kami di PPD Barat Daya....sekali lagi....terima kasih, terima kasih dan terima kasih.....



Sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Shamsul Azha bin Md Yusof (Tim. Pegawai Pelajaran Daerah)PPd Petaling Perdana
Taklimat Linus disampaikan oleh Pn Zurina bt Ahmad Omar (Pen.Ppd Bahasa Melayu (Ren)
Sebagai tanda terima kasih dari PPD Barat Daya, Pulau Pinang

FasiLINUS PPD Barat Daya & PPD Petaling Perdana
En. Hazri Ooi Abdullah beramah mesra bersama murid SK Bandar Anggerik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label