Isnin, 19 Oktober 2015

Pengisian Data Saringan 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

PENGUMUMAN LINUS2.0

PERHATIAN :

Tarikh pengisian data murid Saringan 2, 2015 di Portal NKRA bagi LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi pada 19 hingga 30 Oktober 2015.

1. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti pengisian LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi.  Contoh : LINUS<kod sekolah>

2.   Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM. Sebarang masalah bekaitan murid yang tidak diperolehi di Portal NKRA, sekolah perlu mengemaskini dahulu data murid di APDM.

Tindakan Sekolah :

3.1  Guru diminta mengisi tahap penguasaan murid yang ada di dalam senarai nama murid di kelas masing-masing ketika ini.

3.2  Guru diminta menyemak dari semasa ke semasa di SEMAK DATA MURID (APDM) mengikut kelas masing-masing untuk melihat nama murid telah dikemaskini atau tidak.

3.3  Sekiranya data murid KLIKdi KOTAK yang KOSONG pada nama murid berkenaan. Dan nama murid tersebut akan dimasukkan di dalam senarai nama sekolah tersebut.

3.4  Guru TIDAK PERLU IMPORT DATA MURID untuk kali ke 2 atau seterusnya. IMPORT DATA MURID digalakkan dilakukan hanya SEKALI semasa mula-mula hendak membuka Portal NKRA.  Sebarang penambahan murid di dalam kelas terutama murid yang tercicir, guru perlu menyemak di SEMAK DATA MURID (APDM) di kelas masing-masing dan ikut seperti makluman di 3.3.

4.  Sekolah boleh DELETE pada lambang TONG SAMPAH untuk murid yang telah berpindah, kelas yang telah tiada.

Verifikasi data Saringan 2 akan dilaksankan pada 27 Oktober 2015 bertempat di
SK Tan Sri Awang Had Salleh...Tunggu surat yang akan diedar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi fasiLINUS PPD BD..sekian harap maklum.

Isnin, 12 Oktober 2015

Pecutan Lestari LINUS 2.0

Program diteruskan pada hari ke-2 untuk NUMERASI....Seramai 28 org murid dengan dibantu 5 org guru telah hadir bg menjayakan program yg murni ini...

Ahad, 11 Oktober 2015

Program Sentuhan Lestari Saringan 2 LINUS 2.0

Program Sentuhan Lestari Saringan 2 LINUS 2.0 dijalankan di SK Bayan Lepas pada 12, 13 dan 15 Oktober 2015.  Seramai 57 org murid dan 9 org guru BI membantu dalam pelaksanaan pd hr pertama....


MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label