Ahad, 20 April 2014

Selasa, 8 April 2014

Program Sentuhan Lestari LBI

Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya akan mengadakan  'Program Sentuhan Lestari LBI'  bagi membantu murid-murid tahun 2 supaya dapat menguasai K1 hingga K6  seterusnya dapat melepasi status TIDAK MENGUASAI  K1 dan K2....sekolah yang terlibat adalah sekolah yang telah dikenalpasti sebagai "Hotspot" iaitu seperti berikut:


Tempat           :           SK Sg Nibong  - 9 April 2014
SK Sg Ara       - 11 April 2014
                         Masa              :           8.00 pagi hingga 5.00 petang
                         Penglibatan  :           10 Orang Guru Bahasa Inggeris
                                                             5  Orang Pegawai FasiLINUS
                                                             109  Orang Murid Tahun 2 (SK Sg Nibong)
                                                              222 Orang Murid Tahun 2 (SK Sg Ara)

Program ini adalah kerjasama antara PPD Barat Daya dengan pihak sekolah berkenaan terutamanya Panitia Bahasa Inggeris...diharap dengan kerjasama dan program yang dijalankan ini akan memberi impak yang positif kepada semua...

BENGKEL PENTADBIRAN SARINGAN 1 (MENULIS) 2014



BENGKEL PENTADBIRAN SARINGAN 1 (MENULIS) DAN PENGAMBILAN INSTRUMEN MENULIS SARINGAN 1 (LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI)  2014



Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya akan mengadakan bengkel tersebut  seperti ketetapan berikut:
 
            Hari/Tarikh       :           Rabu  (16 April 2014)
            Masa                :           2.30 petang
            Tempat             :           Bilik Mesyuarat SK Balik Pulau (PPD Barat Daya)
            Pakaian            :           Rasmi
            Pengerusi        :           En. Hazriharun Ooi Abdullah

Mohon semua S/U LINUS hadir pada hari berkenaan.

Sekian, harap maklum..



Khamis, 3 April 2014

Pemantauan Saringan 1 LISAN Bersama LPM

Pada 2 April 2014, SJKT Bayan Lepas dan SJKT Sg Ara telah dilawati oleh seorang pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, En. Balamurukan a/l Krisnan (Penolong Pengarah LPM) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pelaksanaan Saringan 1 LISAN...Beliau turut mencerap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kelas..


Guru menjalankan pdp seperti biasa





Memantau pelaksanaan saringan LISAN

Berbincang dengan PK 1 SJKT Sg Ara
En. Bala sedang memeriksa RPH guru yang dicerap


Pemantauan Saringan 1 LISAN

Pemantauan Pelaksanaan Saringan 1 LISAN
10 Mac hingga 18 April 2014...







MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label