Selasa, 9 Oktober 2012

KURSUS KELESTARIAN LINUS 2012

Kursus Kelestarian LINUS 2012 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :  30 Oktober
Hari   :  Selasa
Tempat :  PKG Bayan Lepas
Masa :  8.00 pg hingga 5.00 ptg

Peserta terdiri daripada guru-guru linus di daerah Barat Daya
16 LITERASI
16 NUMERASI
7 PEMULIHAN

Program Pecutan Akhir LINUS 2012


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurniaNya Program Pecutan Akhir LINUS NKRA di peringkat Daerah Barat Daya telah berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang. 
Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 11-12,18-19,25-26 September dan 2-3 Oktober 2012. Walaupun kebanyakan murid yang menyertai program ini adalah daripada golongan yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah, namun murid-murid tersebut dilihat amat berminat untuk hadir di sepanjang program ini berlangsung. Hal ini disebabkan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru yang terlibat adalah berbeza dengan kaedah yang biasa digunakan di sekolah mereka, di samping pemilihan dua tempat yang berbeza untuk mengelakkan rasa bosan di kalangan murid-murid.
Komitmen Guru-guru Pemulihan Khas juga amat menggalakkan di samping bantuan daripada Jurulatih Utama LINUS Daerah yang dilantik. Perhatian dan sokongan daripada Sektor Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang juga amat membantu menjayakan program ini terutamanya dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat.
Di samping itu juga, Pegawai Fasilinus, Ketua Unit Pengurusan Akademik yang juga selaku Pegawai Meja LINUS PPD Barat Daya telah terlibat secara langsung sepanjang program ini berjalan.   Diharapkan agar program ini dapat membantu murid-murid yang terlibat melepasi sasaran untuk masuk ke Arus Pedana. Pencapaian di peringkat daerah juga diharap dapat mencapai sasaran 100%  murid melepasi Arus Perdana pada Saringan 9 yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober/November akan datang. 


 TERIMA KASIH SEMUA




MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label