Khamis, 29 Ogos 2013

Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 2013

       Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 2013 akan dilaksanakan mulai pada 18,19, 25 dan 26 September 2103 bertempat di SK Bayan Lepas 2...Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 kali ini lebih kepada bimbingan fokus pada Konstruk 1 hingga 12...
       Program ini akan melibatkan 30 orang murid yang masih Tidak Menguasai  K1 - K5 serta 8 orang guru LINUS serta 6 orang JU LINUS yang berpengalaman....
       Diharap dengan adanya program ini, murid-murid yang Tidak Menguasai dapat melepasi kesemua konstruk pada Saringan 2 nanti....



Rabu, 28 Ogos 2013

SELAMAT HARI KEBANGSAAN


SARINGAN 2 2013

Dimaklumkan SARINGAN 2 2013 akan dilaksanakan mulai 1 September hingga 27 September 2013.  Sehubungan itu minta kerjasama semua guru supaya menjalankan Saringan 2 ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.  Sila baca Manual Am sebelum menjalankan saringan...

KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 DAN KELESTARIAN LINUS 2.0 2013

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama 5 PPD telah menganjurkan Kursus Pendedahan Modul Asas 3 dan Kelestarian LINUS 2.0 Peringkat Negeri.  Kursus tersebut telah dijalankan dalam 3 Fasa.

Fasa 1 : 30 Jun hingga 2 Julai 2013
               ( Amanpura Hotel, Sg Petani)

Fasa 2 :  22 - 24 Ogos 2013
               ( Hotel Swiss Inn, Sg Petani)

Fasa 3 : 25 - 27 Ogos 2013
               (Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas Pulau Pinang)

Kursus ini telah dihadiri seramai 450 orang guru (LITERASI dan NUMERASI) menggabungkan kelima-lima daerah...

Sepanjang kursus ini, guru-guru telah didedahkan pelbagai ilmu baharu berkaitan dengan LINUS...

MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label