Ahad, 10 November 2013

Kursus FasiLINUS 2013

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME FASILINUS LINUS 2.0 TAHUN 2013 (ZON UTARA)

BPSH akan mengadakan kursus peningkatan profesionalisme fasiLINUS mengikut zon/negeri seperti ketetapan berikut :

Tarikh   :   11 hingga 13 November 2013
Tempat :   Cinta Sayang Resort Sg Petani

Semua fasiLINUS wajib hadir



Rabu, 6 November 2013

BENGKEL BINA BAHAN BANTU BELAJAR

 Pada 31 Oktober 2013, Unit  Akademik (LINUS) Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya telah menganjurkan Bengkel Bina Bahan Bantu Belajar peringkata daerah.  Bengkel ini telah dihadiri 39 orang guru pemulihan dan dibantu 7 orang guru pemulihan LINUS NKRA, 3 orang Pegawai FasiLINUS dan 1 orang pegawai Pemulihan PPD BD...Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru pemulihan bahawa penggunaan BBB semasa sesi PdP adalah amat penting bagi membantu murid LINUS.



Selasa, 5 November 2013

PERUBAHAN TARIKH PENGISIAN DATA SARINGAN 2,2013 LINUS 2.0: LITERASI BAHASA MELAYU, NUMERASI DAN LITERASI BAHASA INGGERIS

Tuan,
Terdapat sedikit perubahan tarikh untuk pengisian data saringan LINUS 2.0 Literasi Bahasa Inggeris, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris. Diharap S/U LINUS dapat mengambil perhatian tentang perubahan tarikh tersebut.

LINUS2.0 : SARINGAN 2, 2013
PERHATIAN  :
 
a.  Saringan 2, 2013 Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi
      (Tahun 1, 2 dan 3)
         (i) Tarikh Pengisian Data Saringan 2 DILANJUTKAN dari :         

              21 OKTOBER HINGGA 8 NOVEMBER 2013
             (Portal ditutup pada 8 NOVEMBER 2013 pukul 5.00 PETANG)


 b. Saringan 2, 2013 Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1)
     (i)   Tarikh Saringan 1 LISAN bermula dari 29 SEPTEMBER HINGGA 18
           OKTOBER 2013
    (ii)  Tarikh Saringan 1 BERTULIS bermula dari 20 OKTOBER HINGGA 1
           NOVEMBER 2013
    (iii) Tarikh Pengisian Data Saringan 1 bermula
           9 HINGGA 15 NOVEMBER 2013
           (Portal ditutup pada 15 NOVEMBER 2013 pukul 12.00 MALAM)

 
**1.  Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi Saringan LINUS2.0 perlu mengisi di dalam LINUS2.0. Sekolah diminta mengemaskini DATA APDM mengikut enrolmen semasa sekolah.
Maklumat terkini boleh di akses di http://nkra.moe.gov.my/

Jumaat, 4 Oktober 2013

MAKLUMAN SARINGAN 2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

LINUS 2.0 : SARINGAN 2, 2013 

Saringan 2, 2013 Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi  (Tahun 1, 2 dan 3)
    
     (i)   Tarikh Saringan 2 LISAN bermula dari    1 - 27 SEPTEMBER 2013
     (ii)  Tarikh Saringan 2 BERTULIS bermula dari 29 SEPTEMBER HINGGA 11 OKTOBER 2013
     (iii) Tarikh Pengisian Data Saringan 2 bermula 21 OKTOBER HINGGA 31 OKTOBER 2013
           (Portal ditutup pada 31 OKTOBER 2013 pukul 12.00 MALAM)

Saringan 1, 2013 Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1)
        
    (i)   Tarikh Saringan 1 LISAN bermula dari 29 SEPTEMBER HINGGA 18 OKTOBER 2013
    (ii)  Tarikh Saringan 1 BERTULIS bermula dari 20 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2013
    (iii) Tarikh Pengisian Data Saringan 1 bermula 4 HINGGA 15 NOVEMBER 2013
           (Portal ditutup pada 15 NOVEMBER 2013 pukul 12.00 MALAM) 

Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi Saringan LINUS 2.0
perlu mengisi di dalam LINUS2.0

Sekolah diminta mengemaskini DATA APDM (Tahun 1,2 dan 3) mengikut enrolmen semasa       
sekolah supaya tiada murid yang tercicir


Daripada;
FasiLINUS Program LINUS 2.0
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya
 

ERATA INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN 2 (LITERASI DAN NUMERASI)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Disertakan perkara berkaitan untuk tindakan pihak tuan/puan memanjangkan kepada setiausaha LINUS sekolah tuan/puan.

Literasi.

Erata terdapat dalam Manual Pentadbiran Saringan 2 bagi Tahun 1 (muka surat 14), Tahun 2 (muka surat 12 & 14)  dan Tahun 3 (muka surat 12).
Mohon membuat salinan manual berkenaan. (Rujuk lampiran)
Numerasi

Erata terdapat bagi Instrumen Saringan 2 SJKC Tahun 3 (muka surat 17) dan
SJKT Tahun 2 (muka surat 16)
Mohon membuat salinan item tersebut. (Rujuk lampiran)

Kerjasama semua sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Pesanan daripada;
En Ahmad Yusuf
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selasa, 1 Oktober 2013

Saringan Bertulis 2 2013

Dimaklumkan SARINGAN BERTULIS 2 2013 sedang berlangsung mulai 30 September hingga 11 Oktober 2013.  Sehubungan itu minta kerjasama semua guru supaya menjalankan Saringan Bertulis ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.  Sila baca dan bawa bersama  Manual Am semasa menjalankan saringan...

Isnin, 23 September 2013

Pecutan Akhir LINUS 2013

Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 2013 sedang dilaksanakan mulai pada 23,24, 25 dan 26 September 2103 bertempat di SK Bayan Lepas 2...Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 kali ini lebih kepada bimbingan fokus pada Konstruk 1 hingga 12...
       Program ini akan melibatkan 30 orang murid yang masih Tidak Menguasai  K1 - K5 serta 8 orang guru LINUS serta 6 orang JU LINUS yang berpengalaman....
       Diharap dengan adanya program ini, murid-murid yang Tidak Menguasai dapat melepasi kesemua konstruk pada Saringan 2 nanti....

Turut dibantu oleh Pegawai JPN PP, En Zainudin b. Hj Talip

Majlis Perasmian Program Pecutan Oleh GB SKBL 2


Rabu, 18 September 2013

Edaran Cekera Padat (CD) Kursus Pendedahan Modul Asas 3 dan Kelestarian Program LINUS 2.0 2013

 Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP akan membekalkan 2 unit CD hasil daripada Kursus Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS yang telah dijalankan pada bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos tahun 2013 kepada sekolah-sekolah rendah yang terlibat melalui PPD...
  Sehubungan itu tuan/wakil sekolah diminta mengambil CD tersebut pada   30 September - 4 Oktober 2013, Masa  :    8.30 pg - 4.30 ptg, Tempat :  Bilik 4 Unit LINUS, PPD Barat Daya
                                             
Sebarang masalah sila hubungi En. Amir Amzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS) 04-8664500

Bawa bersama LAMPIRAN 1 - Salinan JPN (Sijil Akuan Penerimaa)  yang siap ditandatangi oleh Guru Besar...

Edaran Buku Nota LINUS Beserta Pen Bagi Kursus Pendedahan Modul Asas 3 dan Kelestarian Program LINUS 2.0

 Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP akan membekalkan 1 unit buku nota LINUS beserta pen kepada peserta Kursus Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS yang telah dijalankan pada 30 Jun - 2 Julai 2013 di Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah kepada sekolah yang terlibat melalui PPD..
  Sehubungan itu tuan/wakil sekolah diminta mengambil bahan tersebut pada   30 September - 4 Oktober 2013, Masa  :    8.30 pg - 4.30 ptg, Tempat :  Bilik 4 Unit LINUS, PPD Barat Daya
                                             
Sebarang masalah sila hubungi En. Amir Amzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS) 04-8664500

Bawa bersama LAMPIRAN 1 - Salinan JPN (Sijil Akuan Penerimaa)  yang siap ditandatangi oleh Guru Besar...

Isnin, 9 September 2013

Taklimat LINUS 2.0

Pada 7 September 2013, SK Mutiara Perdana telah mengambil langkah positif dengan mengadakan Taklimat LINUS 2.0 kepada waris Tahap 1...Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan yang baik...Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan input terkini serta memberi peluang kepada waris Tahap 1 untuk bersoal jawab berkaitan dengan Program LINUS...





Saringan 2 - Membaca / Lisan



Saringan membaca/ Lisan sedang berjalan (1 September hingga 27 September 2013).  FasiLINUS akan turun membuat penyeliaan dan bimbingan Saringan 2 ini.  Diharap guru-guru dapat melaksanakan Saringan 2 ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan...

Khamis, 5 September 2013

Perjumpaan waris di SK Sg Ara

   Pada hari ini Khamis 5 September 2013 satu perjumpaan dengan waris murid LINUS telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Sg Ara....PPB BD telah diwakili 2 orang Pegawai FasiLINUS - En. Hazriharun dan En. Amir Amzah...Pertemuan ini telah dipengerusikan oleh GB SK Sg Ara Pn Harison bt Harish.

  Objektif pertemuan ini adalah untuk berbincang dan mendapat kata sepakat daripada waris-waris murid LINUS berkaitan perkembangan dan sebab-sebab ketidakhadiran sebelum menghadapi Saringan 2 ini...Alhamdulillah seramai 5 daripada 7 waris telah hadir pada sesi kali ini..





MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label