Memaparkan catatan dengan label Maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maklumat. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2015

Persidangan LINUS

Persidangan LINUS 2.0 Peringkat Kebangsaan
@ Berjaya Waterfront Johor Baharu
14 - 16 Disember 2015

Sabtu, 10 Oktober 2015

PPD BD vs PPD PASER PUTEH

Lawatan kerja Pegawai FasiLINUS PPD Paser Putih ke PPD Barat Daya...yerima kasih tuan kerana sudi berkunjung ke pejabat kami...

Rabu, 7 Oktober 2015

Pemantaun dr IAB

Perbincangan Ilmiah berkaitan LINUS oleh pensyarah IAB...

SK St George Balik Pulau
SK Tan Sri Awang Had Salleh

Jumaat, 2 Oktober 2015

Mesyuarat Pelaksanaan Program Pecutan Lestari

Mesyuarat Khas Pelaksanaan Program Pecutan Linus 2.0 Saringan 2 dijalankan seperti ketetapan berikut:

2 Oktober 2015
Bilik Mesyuarat SK Bayan Lepas
2.45 ptg

Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  dan selamat bercuti kepada semua guru.  Semoga Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat kita semua....





Dengan ingatan tulus daripada :

FasiLINUS2 PPD Barat Daya...

Khamis, 17 Julai 2014

Tahniah dan Selamat Bertugas

Tahniah dan Selamat Bertugas kepada En. Muhammad Fahrin Bin Zabidi atas pelantikan sebagai FasiLINUS Literasi berkuatkuasa 30 Mei 2014....Semoga kehadiran tuan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi Akademik khususnya dalam LINUS Daerah Barat Daya...Tahniah

Selamat Berpuasa...


Khamis, 3 April 2014

Pemantauan Saringan 1 LISAN

Pemantauan Pelaksanaan Saringan 1 LISAN
10 Mac hingga 18 April 2014...







Pertandingan Ko-Akademik Kelompok R7

Tahniah dan Syabas kepada mantan murid LINUS yang telah menyertai dalam Pertandingan Ko-Akademik Kelompok R7 yang telah diadakan pada 18 Mac 2014 bertempat di SK Balik Pulau....Tahniah juga kepada guru-guru yang telah mendidik murid LINUS sehingga berjaya






Jumaat, 4 Oktober 2013

MAKLUMAN SARINGAN 2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

LINUS 2.0 : SARINGAN 2, 2013 

Saringan 2, 2013 Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi  (Tahun 1, 2 dan 3)
    
     (i)   Tarikh Saringan 2 LISAN bermula dari    1 - 27 SEPTEMBER 2013
     (ii)  Tarikh Saringan 2 BERTULIS bermula dari 29 SEPTEMBER HINGGA 11 OKTOBER 2013
     (iii) Tarikh Pengisian Data Saringan 2 bermula 21 OKTOBER HINGGA 31 OKTOBER 2013
           (Portal ditutup pada 31 OKTOBER 2013 pukul 12.00 MALAM)

Saringan 1, 2013 Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1)
        
    (i)   Tarikh Saringan 1 LISAN bermula dari 29 SEPTEMBER HINGGA 18 OKTOBER 2013
    (ii)  Tarikh Saringan 1 BERTULIS bermula dari 20 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2013
    (iii) Tarikh Pengisian Data Saringan 1 bermula 4 HINGGA 15 NOVEMBER 2013
           (Portal ditutup pada 15 NOVEMBER 2013 pukul 12.00 MALAM) 

Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi Saringan LINUS 2.0
perlu mengisi di dalam LINUS2.0

Sekolah diminta mengemaskini DATA APDM (Tahun 1,2 dan 3) mengikut enrolmen semasa       
sekolah supaya tiada murid yang tercicir


Daripada;
FasiLINUS Program LINUS 2.0
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya
 

Selasa, 1 Oktober 2013

Saringan Bertulis 2 2013

Dimaklumkan SARINGAN BERTULIS 2 2013 sedang berlangsung mulai 30 September hingga 11 Oktober 2013.  Sehubungan itu minta kerjasama semua guru supaya menjalankan Saringan Bertulis ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.  Sila baca dan bawa bersama  Manual Am semasa menjalankan saringan...

Rabu, 16 Januari 2013

Takwim SARINGAN LINUS NKRA 2013

Salam dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada s/u LINUS

Berikut adalah tarikh saringan Literasi dan Numerasi bagi tahun 2013:

Saringan Pertama:
Membaca / Lisan : 10 Mac hingga 19 April 2013
Bertulis               : 21 April hingga 30 April 2013

Data                   : 6 Mei hingga 17 Mei 2013


Saringan Kedua:
Membaca / Lisan    : 1 Sept hingga 27 September 2013
Bertulis                  : 29 Sept hingga 11 Oktober 2013

Data                      : 16 Okt hingga 25 Okt 2013

Ahad, 25 September 2011

Lawatan Penanda Aras Fasilinus PPD Barat Daya ke PPD Petaling Perdana & SK Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

22 September 2011 (Khamis)- Seramai 6 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang terdiri daripada En Noor Azizi b. Abdullah Sani (Pen. PPD Pengurusan Akademik) selaku ketua rombongan, Pn. Fauziah binti Saad (Pen. PPD Pemulihan), En. Hazri Ooi bin Abdullah (FasiLINUS), En. Amir Hamzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS), En. Roslan bin Mohamed (FasiLINUS) dan Cik Laila Zahira bt Abdul Kamar (Pegawai Tadbir). Pn. Norhashimah bt Hashim tidak dapat sertai kerana masalah kesihatan.Kehadiran pegawai telah disambut oleh FasiLINUS PPD Petaling Perdana iaitu En. Noorshahidan bin Mohamad Nawawi, Nor Hayati bt Mohd Shaharim, Fazlizawati bt abdul Ghani, Naslawati bt Mohd Nasir dan Arfah bt A. Mohamad yang diketuai oleh Timbalan PPD En. Shamsul Azha bin Mad Yusof, Mohd salleh bin Salehin (Ketua Pen PPD (Pengurusan Akademik), Pn. Zurina bt Ahmad Omar (Pen. PPD BM (Ren) dan Pn. Jamilah bt Md Zain (Pen.PPD Matematik & Sains (Ren).

Kira-kira jam 8.30 pagi, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan PPD Petaling Perdana En. Shamsul Azha bin Mad Yusof. Beliau mengalu-alukan kedatangan pegawai dari PPd Barat Daya. Dalam taklimat tersebut, beliau juga menceritakan serba sedikit perihal PPD Petaling Perdana. Setelah itu, taklimat ringkas tentang Linus telah disampaikan oleh Pn. Zurina bt Ahmad Omar Pen. PPD. Bahasa (Rendah)
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan balas dari En. Noor Azizi bin Abdullah Sani (Pen. PPD (Pengurusan Akademik) beliau menyatakan rasa terima kasih kepada semua pegawai PPD Petaling Perdana atas penerimaan kehadiran Pegawai dari PPD Barat Daya.

Aktiviti seterusnya ialah lawatan ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam. Ketibaan kami disambut oleh warga SK Bandar Anggerik diketuai oleh pentadbir2 sekolah. Kami dibawa melawat ke kelas linus, ke Pusat Sumber sekolah yang secara kebetulan mengadakan program Linus pada hari tersebut.
Sesungguhnya, kami warga PPD Barat Daya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PPD Petaling Perdana dan warga SK Bandar Anggerik kerana sudi menerima kehadiran kami. Tiada kata, tiada ucapan, tiada puisi yang dapat kami gambarkan kegembiraan dan rasa terima kasih dari kami di atas layanan kepada kami.....semoga pertalian yang dijalinkan bisa utuh di masa mendatang...silalah kunjung kami di PPD Barat Daya....sekali lagi....terima kasih, terima kasih dan terima kasih.....



Sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Shamsul Azha bin Md Yusof (Tim. Pegawai Pelajaran Daerah)PPd Petaling Perdana
Taklimat Linus disampaikan oleh Pn Zurina bt Ahmad Omar (Pen.Ppd Bahasa Melayu (Ren)
Sebagai tanda terima kasih dari PPD Barat Daya, Pulau Pinang

FasiLINUS PPD Barat Daya & PPD Petaling Perdana
En. Hazri Ooi Abdullah beramah mesra bersama murid SK Bandar Anggerik


MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label