Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah
kurniaNya Program Pecutan Akhir LINUS NKRA di peringkat Daerah Barat Daya telah
berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang.
Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 11-12,18-19,25-26 September dan 2-3 Oktober 2012.
Walaupun kebanyakan murid yang menyertai program ini adalah daripada golongan
yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah, namun murid-murid tersebut dilihat
amat berminat untuk hadir di sepanjang program ini berlangsung. Hal ini
disebabkan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru yang terlibat adalah
berbeza dengan kaedah yang biasa digunakan di sekolah mereka, di samping
pemilihan dua tempat yang berbeza untuk mengelakkan rasa bosan di kalangan
murid-murid.
Komitmen Guru-guru Pemulihan Khas juga amat menggalakkan
di samping bantuan daripada Jurulatih Utama LINUS Daerah yang dilantik.
Perhatian dan sokongan daripada Sektor Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran
Daerah Barat Daya dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang juga amat membantu
menjayakan program ini terutamanya dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat.
Di samping itu juga, Pegawai Fasilinus, Ketua Unit
Pengurusan Akademik yang juga selaku Pegawai Meja LINUS PPD Barat Daya telah
terlibat secara langsung sepanjang program ini berjalan. Diharapkan agar program ini dapat membantu
murid-murid yang terlibat melepasi sasaran untuk masuk ke Arus Pedana.
Pencapaian di peringkat daerah juga diharap dapat mencapai sasaran 100% murid melepasi Arus Perdana pada Saringan 9
yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober/November akan datang.
TERIMA KASIH SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan