Kira-kira jam 8.30 pagi, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan PPD Petaling Perdana En. Shamsul Azha bin Mad Yusof. Beliau mengalu-alukan kedatangan pegawai dari PPd Barat Daya. Dalam taklimat tersebut, beliau juga menceritakan serba sedikit perihal PPD Petaling Perdana. Setelah itu, taklimat ringkas tentang Linus telah disampaikan oleh Pn. Zurina bt Ahmad Omar Pen. PPD. Bahasa (Rendah)
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan balas dari En. Noor Azizi bin Abdullah Sani (Pen. PPD (Pengurusan Akademik) beliau menyatakan rasa terima kasih kepada semua pegawai PPD Petaling Perdana atas penerimaan kehadiran Pegawai dari PPD Barat Daya.
Aktiviti seterusnya ialah lawatan ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam. Ketibaan kami disambut oleh warga SK Bandar Anggerik diketuai oleh pentadbir2 sekolah. Kami dibawa melawat ke kelas linus, ke Pusat Sumber sekolah yang secara kebetulan mengadakan program Linus pada hari tersebut.
Sesungguhnya, kami warga PPD Barat Daya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PPD Petaling Perdana dan warga SK Bandar Anggerik kerana sudi menerima kehadiran kami. Tiada kata, tiada ucapan, tiada puisi yang dapat kami gambarkan kegembiraan dan rasa terima kasih dari kami di atas layanan kepada kami.....semoga pertalian yang dijalinkan bisa utuh di masa mendatang...silalah kunjung kami di PPD Barat Daya....sekali lagi....terima kasih, terima kasih dan terima kasih.....
Sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Shamsul Azha bin Md Yusof (Tim. Pegawai Pelajaran Daerah)PPd Petaling Perdana
Taklimat Linus disampaikan oleh Pn Zurina bt Ahmad Omar (Pen.Ppd Bahasa Melayu (Ren)
Sebagai tanda terima kasih dari PPD Barat Daya, Pulau Pinang
FasiLINUS PPD Barat Daya & PPD Petaling Perdana
En. Hazri Ooi Abdullah beramah mesra bersama murid SK Bandar Anggerik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan