Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.
Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL...
Rabu, 29 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MAKLUMAN
Tentang Kami
- Linus Barat Daya
- Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang
Catatan Popular
-
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Tel: 048664500 Fax:046886500 web : www.ppdbd...
-
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurniaNya Program Pecutan Akhir LINUS NKRA di peringkat Daerah Barat Daya telah ...
-
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Disertakan perkara berkaitan untuk tindakan pihak tuan/puan memanjangkan kepada setiausaha L...
-
Salam dan Selamat Sejahtera, Perhatian kepada s/u LINUS Berikut adalah tarikh saringan Literasi dan Numerasi bagi tahun 2013: Sa...
-
Kursus Kelestarian LINUS 2012 akan dijalankan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 30 Oktober Hari : Selasa Tempat : PKG Bayan ...
-
Pengerusi Naib Pengerusi
-
Tahniah dan Syabas kepada mantan murid LINUS yang telah menyertai dalam Pertandingan Ko-Akademik Kelompok R7 yang telah diadakan pada 18 Mac...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... PENGUMUMAN LINUS2.0 PERHATIAN : Tarikh pengisian data murid Saringan 2, 2015 di Portal NKRA bagi ...
Label
- Aktiviti (16)
- Celik Bahasa (1)
- Kursus (5)
- Maklumat (31)
- Mari Belajar (1)
- motivasi (1)
- Terkini (26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan