Rabu, 18 September 2013

Edaran Buku Nota LINUS Beserta Pen Bagi Kursus Pendedahan Modul Asas 3 dan Kelestarian Program LINUS 2.0

 Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP akan membekalkan 1 unit buku nota LINUS beserta pen kepada peserta Kursus Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS yang telah dijalankan pada 30 Jun - 2 Julai 2013 di Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah kepada sekolah yang terlibat melalui PPD..
  Sehubungan itu tuan/wakil sekolah diminta mengambil bahan tersebut pada   30 September - 4 Oktober 2013, Masa  :    8.30 pg - 4.30 ptg, Tempat :  Bilik 4 Unit LINUS, PPD Barat Daya
                                             
Sebarang masalah sila hubungi En. Amir Amzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS) 04-8664500

Bawa bersama LAMPIRAN 1 - Salinan JPN (Sijil Akuan Penerimaa)  yang siap ditandatangi oleh Guru Besar...

Isnin, 9 September 2013

Taklimat LINUS 2.0

Pada 7 September 2013, SK Mutiara Perdana telah mengambil langkah positif dengan mengadakan Taklimat LINUS 2.0 kepada waris Tahap 1...Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan yang baik...Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan input terkini serta memberi peluang kepada waris Tahap 1 untuk bersoal jawab berkaitan dengan Program LINUS...





Saringan 2 - Membaca / Lisan



Saringan membaca/ Lisan sedang berjalan (1 September hingga 27 September 2013).  FasiLINUS akan turun membuat penyeliaan dan bimbingan Saringan 2 ini.  Diharap guru-guru dapat melaksanakan Saringan 2 ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan...

Khamis, 5 September 2013

Perjumpaan waris di SK Sg Ara

   Pada hari ini Khamis 5 September 2013 satu perjumpaan dengan waris murid LINUS telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Sg Ara....PPB BD telah diwakili 2 orang Pegawai FasiLINUS - En. Hazriharun dan En. Amir Amzah...Pertemuan ini telah dipengerusikan oleh GB SK Sg Ara Pn Harison bt Harish.

  Objektif pertemuan ini adalah untuk berbincang dan mendapat kata sepakat daripada waris-waris murid LINUS berkaitan perkembangan dan sebab-sebab ketidakhadiran sebelum menghadapi Saringan 2 ini...Alhamdulillah seramai 5 daripada 7 waris telah hadir pada sesi kali ini..





MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label