Rabu, 29 September 2010

Konsep LPM

Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
“semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012”.  LP menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3. Pihak LP telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan mengadakan wacana intelek dengan pelbagai pihak dalam usaha pengkonsepsian dan perekaan bentuk instrumen


REKA BENTUK INSTRUMEN SARINGAN
Berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi yang merangkumi definisi literasi dan numerasi 
Kesemuanya tergolong dalam asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
  1. Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi.
  2. Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.
PENGENDALIAN INSTRUMEN SARINGAN

Tiga saringan mulai tahun 2010

Saringan 1
    Untuk semua murid Tahun 1 - bulan Mac 2010

Saringan 2
    Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 - Jun 2010
Saringan 3
    Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 - September 2010

Keputusan Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September 2012 akan dijadikan ukuran pencapaian KPI.
INSTRUMEN SARINGAN
  1. Instrumen Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 mengukur konstruk yang sama.
  2. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan. 
  3. Semua instrumen saringan LINUS dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid 
  4. Proses saringan dilaksanakan secara ujian standard serentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
  5. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Ketiga-tiga saringan WAJIB dilaksanakan oleh guru. 

Dokumen Saringan:
Instrumen saringan; Instrumen Membaca
    ;  Instrumen Menulis
Manual saringan; Instrumen Membaca
                ; Instrumen Menulis

Proses
iii. Pentaksiran : Membaca (On going assessement)
               : Menulis (Standardise)   

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. 

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan. 
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL...

Jawatankuasa Linus Peringkat PPD

Pengerusi
Naib Pengerusi

Khamis, 23 September 2010

Selamat Melaksanakan Saringan 3 Lisan Literasi & Numerasi

Pelaksanaan Saringan 3 Literasi & Numerasi lisan telah bermula 1 September 2010 - 15 Oktober 2010. Dipohon agar guru dapat melaksanakan dengan baik dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hubungi Kami

Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya
Jalan Permatang Tepi
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel: 048664500
Fax:046886500

web : www.ppdbd.edu.my
blog : www.linusppdbd.blogspot.com
email : linusbaratdaya@gmail.com
 

Isnin, 20 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua pendidik di Barat Daya.

Isnin, 13 September 2010

Program Literasi dan Numerasi

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
 Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label