Jumaat, 4 Oktober 2013

ERATA INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN 2 (LITERASI DAN NUMERASI)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Disertakan perkara berkaitan untuk tindakan pihak tuan/puan memanjangkan kepada setiausaha LINUS sekolah tuan/puan.

Literasi.

Erata terdapat dalam Manual Pentadbiran Saringan 2 bagi Tahun 1 (muka surat 14), Tahun 2 (muka surat 12 & 14)  dan Tahun 3 (muka surat 12).
Mohon membuat salinan manual berkenaan. (Rujuk lampiran)
Numerasi

Erata terdapat bagi Instrumen Saringan 2 SJKC Tahun 3 (muka surat 17) dan
SJKT Tahun 2 (muka surat 16)
Mohon membuat salinan item tersebut. (Rujuk lampiran)

Kerjasama semua sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Pesanan daripada;
En Ahmad Yusuf
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selasa, 1 Oktober 2013

Saringan Bertulis 2 2013

Dimaklumkan SARINGAN BERTULIS 2 2013 sedang berlangsung mulai 30 September hingga 11 Oktober 2013.  Sehubungan itu minta kerjasama semua guru supaya menjalankan Saringan Bertulis ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.  Sila baca dan bawa bersama  Manual Am semasa menjalankan saringan...

Isnin, 23 September 2013

Pecutan Akhir LINUS 2013

Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 2013 sedang dilaksanakan mulai pada 23,24, 25 dan 26 September 2103 bertempat di SK Bayan Lepas 2...Pecutan Akhir LINUS Tahun 3 kali ini lebih kepada bimbingan fokus pada Konstruk 1 hingga 12...
       Program ini akan melibatkan 30 orang murid yang masih Tidak Menguasai  K1 - K5 serta 8 orang guru LINUS serta 6 orang JU LINUS yang berpengalaman....
       Diharap dengan adanya program ini, murid-murid yang Tidak Menguasai dapat melepasi kesemua konstruk pada Saringan 2 nanti....

Turut dibantu oleh Pegawai JPN PP, En Zainudin b. Hj Talip

Majlis Perasmian Program Pecutan Oleh GB SKBL 2


Rabu, 18 September 2013

Edaran Cekera Padat (CD) Kursus Pendedahan Modul Asas 3 dan Kelestarian Program LINUS 2.0 2013

 Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP akan membekalkan 2 unit CD hasil daripada Kursus Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS yang telah dijalankan pada bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos tahun 2013 kepada sekolah-sekolah rendah yang terlibat melalui PPD...
  Sehubungan itu tuan/wakil sekolah diminta mengambil CD tersebut pada   30 September - 4 Oktober 2013, Masa  :    8.30 pg - 4.30 ptg, Tempat :  Bilik 4 Unit LINUS, PPD Barat Daya
                                             
Sebarang masalah sila hubungi En. Amir Amzah bin Abdul Hamid (FasiLINUS) 04-8664500

Bawa bersama LAMPIRAN 1 - Salinan JPN (Sijil Akuan Penerimaa)  yang siap ditandatangi oleh Guru Besar...


MAKLUMAN

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG LINUS PPD BARAT DAYA..

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN LINUS 2014

FasiLINUS PPD Barat Daya akan melakukan penyeliaan, pencerapan dan bimbingan secara berfokus kepada semua sekolah dalam LITERASI BM, LITERASI BI dan NUMERASI....Mohon kerjasama semua setiausaha agar memastikan pengurusan LINUS dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.









Tentang Kami

Foto saya
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

Catatan Popular

Label